Quiche Tuna

Assalamualaikum...hari ini saya buat quiche tuna dan resepinya saya ambil dari My resepi ....first time buat tapi alhamdullilah menjadi cuma saya ubah sedikit resepinya mengikut citarasa saya....









Resepinya

Bahan bahan

1. 220g tepung gandum
2. 125g mentega sejuk didadu
3. 1 sdb gula aising
4. 1 biji telur

Bahan inti

1. 1 tin tuna ditoskan
2. 1 biji bawang besar didadu
3. 1 biji bawang putih dicincang
4. 1 cawan mix vege
5. 1 camca besar butter
6. 1/2 cawan susu segar
7. 1 sdk lada hitam
6. 1 biji cili merah dihiris
7. sedikit garam

Bahan kastard

1.  3 biji telur
2.  1/2 cwn susu segar

Cara2

1. Satukan tepung dan gula aising dan gaul rata.
2. Masukkan mentega dan gaul lagi
3. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh.(tak apa jika telur tak habis)
4. Tekan doh ke dalam acuan dan cucuk doh dengan garfu.
5. Letakkan aluminium foil diatas doh bersama kekacang
6. Bakar doh selama 15 minit pada suhu 170 C
7. Alihkan aluminium foil dan bakar lagi selama 10 minit

8. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
9. Masukkan bawang besar dan cili .
10. Masuk tuna dan mix vege
11. Masuk susu dan masak hingga kering

12. Masukkan inti  kedalam doh
13. Satukan bahan kastard dan tuang ke atas inti
14. Bakar selama 25 minit pada suhu 170 C

Sealamat mencuba


No comments:

Post a Comment