Glitter Words

Kek Marble Horlick

Resepi daripada blog Dapur Ayuharlina....kek marble horlick ni sedap sangat, cuma saya olahkan sedikit mengikut citarasa keluarga. Terima kasih kepada Ayuharlina kerana sudi berkongsi resepi......



Sebelum


Selepas



Kek Marble Horlick

Bahan2

250g mentega
160g gula kaster
5 biji telur C
250 tepung superfine
100g horlick
50g susu cair
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara2

Panaskan oven pada suhu 170 C
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
2. Masuk telur sebiji demi sebiji dan ptar sebati
3. Masuk tepung yang telah diayak bersama baking powder
4. Masuk susu cair
5. Masuk horlick dan kacau sebati
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko

Sediakan loyang 8 in x 8 in , masukkan adunan berselang seli. Bakar kek selama 60 minit atau mengikut oven masing2.

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment