Glitter Words

Murtabak sardin cracker

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .... hari ni saya telah mencuba satu lagi resepi baru iaitu murtabak sardin craker untuk minum petang keluarga. Resepi ni sangat mudah dan sedap, anak2 saya sangat2 suka....jom share resepi.....


Resepinya

Bahan2 inti

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia ditumbuk 
1 sudu besar cili kisar ( tambah sekiranya ingin pedas)
1 sudu besar serbuk kari dicampur sedikit air 
2 biji telur

Bahan2 lain

Biskut cream craker
1 cawan susu UHT
1 biji telur

Cara 2 membuat inti

1. Asingkan ikan sardin dari sosnya 
2. Goreng ikan sardin terlebih dahulu dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau
4. Masuk cili kisar dan kari dan masak sehingga garing
5. Masuk bawang dadu
6. Masuk ikan sardin yg telah di goreng tadi bersama sosnya
7. Sedikit garam dan gula

Cara membuat murtabak craker

1. Sapu loyang dengan butter
2. Celup biskut ke dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun dalam loyang
3. Satukan inti dan telur, kacau dan ratakan atas biskut 
4. Lakukan kaedah yang sama sehingga selesai 
5. Pastikan biskut diletakkan dibahagian atas sekali dan tidak perlu dicelup
5. Untuk lapisan terakhir, satukan susu dengan 1 biji telur dan tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar pada suhu 150 C selama 35 ~ 45 minit




murtabak sardin craker ini boleh dimakan begitu sahaja


atau boleh juga ditambah sos dan mayonis

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment