Glitter Words

Blueberry Cheese Tart


Resepi blueberry cheese tart ni saya dapat dari sumber Myresepi.com. Alhamdullilah ia menjadi salah satu resepi kegemaran suami dan anak2 saya. Terima kasih Myresepi.



sebelum 


selepas 


sedia untuk dihidangkan


Resepi Blueberry cheese tart


Bahan untuk Pastri:

125g butter (salted)
63g gula icing
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:

250g cream cheese
20g butter (salted)
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara

1.Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
2.Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
3.Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
4.Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
5.Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.

Filling -
Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min.
Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

No comments:

Post a Comment